Visi  Misi
     PONDOK   HIDAYATULLAH





Sistem Pendidikan
PONDOK  HIDAYATULLAH


Syarat Pelajar
Pelajar tidak dihadkan usianya, serta boleh menguruskan diri, terdiri dari warga emas, mualaf, anak yatim, generasi muda dan belia yang boleh mengikuti pembelajaran dan pengajaran serta mengikut undang-undang yang sedia ada. mualaf dan anak yatim yang miskin diberi biasiswa dari Persatuan.

Kategori Pelajar
Pelajar terdiri dari kategori:
1. Pelajar-pelajar yang menetap di Pondok.
2. Pelajar-pelajar yang berulang alik.
3. Pelajar-pelajar yang belajar di musim cuti sekolah dan semester.
4. Pelajar-pelajar berkala (menyertai kem, kursus).

Sistem Pengajian
Sistem pengajian kami terbahagi kepada dua kategori:

1.    Program Pengajian Umum.

a. Program Tahsin Al Quran - Semua pelajar akan melalui program Tahsin Al Quran, tumpuan diberikan kepada pembacaan Al Quran mengikut tajwid dan sebutan makhraj huruf yang betul.



b. Program Tafqih Al Quran - Mengetahui makna-makna ayat
Al Quran yang diterjemahkan dan tafsirannya, sebab turunnya ayat dan ilmu berkaitan dengan Al Quran.

c. Program Fardhu Ain - Terdiri dari Subjek-subjek Teras seperti Tauhid, Feqah dan Tasauf.


2.    Program Takhasus
Program ini ialah khusus untuk pelajar yang berkemampuan untuk menyambung pengajian keperingkat tertinggi.

a. Program Pondok
Program ini ialah berdasarkan kepada Sistem Pondok iaitu pembelajaran kitab-kitab didalam Bahasa Arab secara talaqi dan moden terdiri dari Nahu, Saraf, tauhid,feqah, tasauf, tafsir, hadis, usul feqah,mustalah Hadis dan lain-lain.

b. Program Tahfiz Al Quran
Program ini ialah untuk pelajar-pelajar yang terpilih dan berkemampuan menghafal 30 juzuk Al Quran.

c. Program Akademik
1- Program tuisyen subjek-subjek teras akademik seperti Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Bahasa Arab sebagai persediaan untuk mengambil SPM.


2- Program pemulihan bagi pelajar yang lemah dalam membaca, menulis dan mengira.



>> Lokasi